Saiz tentera Persia Pertempuran_Gaugamela

Anggaran moden

UnitJumlah
Peltast30,000[9]
Tentera berkuda40,000[6]
Abadi Persi10,000[4]
Hoplite Greek10,000[5]
Tentera berkuda Bactria1,000[5]
Pemanah1,500
Pedati Scythed200
Gajah perang15
Keseluruhan92,715[3]

Kebanyakan pengkaji moden bersetuju bahawa tentera Darius III tidak melebihi dari 500,000 disebabkan kesulitan logistik menempatkan lebih dari 500,000 tentera di medan pertempuran amat menyukarkan pada masa itu. Bagaimanapun, ia adalah mungkin bahawa tenetra Persia mampu mencecah melebihi 100,000 orang.[3] Satu anggaran adalah terdapat lebih 25,000 peltast,[3] 10,000 Abadi Persia,[4] 2,000 hoplite Greek,[5] 1,000 Bactria, [5] dan 40,000 tentera berkuda,[6] 200 pedati bersabit,[7] dan 15 gajah perang.[8]


Sumber Silam

Iskandar memimpin pasukan dari kerajaan Yunani Macedon, sekutunya Thracian dan Corinthian League yang, menurut Arrian, sejarahwan Iskandar yang paling boleh diharap (yang dipercayai bergantung kepada hasil kerja saksi Ptolemy), berjumlah 7,000 tentera berkuda dan 40,000 infantri.[2]

Jumlah tentera Darius menurut Arrian adalah 40,000 tentera berkuda dan 1,000,000 infantri,[8] Diodorus Siculus 200,000 tentera berkuda dan 800,000 infantri,[10] Plutarch 1,000,000 tentera[11] (tanpa pecahan komposisi), sementara menurut Curtius Rufus 45,000 tentera berkuda dan 200,000 infantri.[12] Tambahan lagi menurut Arrian,[7] Diodorus, dan Curtius, Darius mempunyai 200 pedati sementara Arrian menyebut 15 gajah perang.[8] Termasuk dalam infantri Darius adalah sekitar 2,000 tentera upahan hoplite Yunani.[5]

Sementara Darius memiliki kelebihan jumlah yang banyak, kebanyakan tenteranya mempunyai kualiti lebih rendah berbanding Iskandar. Pezhetairoi Iskandar dilengkapi dengan lembing sepanjang enam meter yang dikenali sebagai sarissa. Infantri utama Persia tidak terlatih dan tidak lengkap bersenjata berbanding pezhetairoi dan hoplites Iskandar. Satu-satunya hoplites yang dimiliki Darius adalah 10,000 Yunani[5] dan pengawal peribadinya, 10,000 Abadi Persia.[4] Tentera upahan Yunani berjuang sebagai formasi Phalanx Argos, dilengkapi dengan perisai lebih berat tetapi dengan lembing tidak melebihi tiga meter, sementara lembing Abadi Persia sekitar sepanjang 2 meter. Dikalangan tenteranya yang lain yang paling lengkap bersenjata adalah pasukan Armenia yang dilengkapi senjata sebagaimana cara Yunani, kemungkinannya seperti phalanx Argos. Baki pasukannya memiliki persenjataan yang lebih ringan; senjata utama tentera Achaemenid secara tradisi adalah busur dan panah.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Gaugamela http://www.ancientlibrary.com/wcd/Alexander_the_Gr... http://www.ancientlibrary.com/wcd/Alexander_the_Gr... http://www.iranchamber.com/history/achaemenids/arr... http://www.lbdb.com/TMDisplayBattle.cfm?BID=94 http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://monolith.dnsalias.org/~marsares/warfare/bat... http://www.forumromanum.org/literature/justin/engl... http://www.livius.org/aj-al/alexander/alexander09....